Thursday, 9 March 2017

LAMAN ISU 4: UNSUR-UNSUR KHURAFAT DALAM FILEM (ISU-ISU KONTEMPORARI)

UNSUR-UNSUR KHURAFAT DALAM FILEM

Khurafat ialah suatu kepercayaan dan perbuatan karut yang dianggap mempunyai hubungan dengan agama Islam sedangkan pada hakikatnya ia sebenarnya dilarang oleh agama Islam kerana bertentangan dengan konsep tauhid dan syariat dalam Islam. Selain itu, hal ini dapat memesongkan akidah kita sehingga boleh mengakibatkan kita menyekutukan Allah.

Antara contoh perbuatan khurafat atau karut yang diamalkan oleh masyarakat kita pada zaman ini ialah mempercayai azimat yang boleh menahan sesuatu bahaya kepada seseorang, mempercayai binatang seperti burung boleh membawa tuah atau sial, membuang ancak bagi menghalau hantu dan mengunjungi kubur yang dianggap keramat. Pada masa kini, kita dihidangkan dengan pelbagai bentuk hiburan termasuklah perfileman yang berunsurkan hantu dan seram. Hal ini tidak kira sama ada melalui media cetak mahupun media elektronik. Pelbagai ciptaan atau rekaan alat-alat komunikasi yang serba canggih turut menambahkan lagi sumber hiburan yang sedia ada.

Namun, bentuk-bentuk hiburan sebegini dapat mengundang kealpaan dan memberi kesan negatif kepada masyarakat. Lambakan drama dan filem yang berunsurkan tahyul, bidaah dan khurafat kini mula mendapat kritikan daripada masyarakat yang prihatin dengan perkembangan ini. Ada yang mula merasai keperluan untuk menghadkan pengeluaran drama dan filem sebegini, kerana dikhuatiri mampu mendatangkan kesan yang negatif kepada masyarakat terutama golongan muda-mudi. 

Sehinggakan mantan perdana menteri, Tun Dr.Mahathir sendiri memberi pendapat bahawa lambakan filem dan drama sebegini harus dikaji akan baik buruknya. Antara filem yang mengandungi unsur-unsur khurafat ialah Munafik, Jangan Pandang Belakang, Rasukan Ablasa, Histeria, Syaitan, Maut, Akhirat, Zombi Kampung Pisang, Congkak, Pontianak Harum Sundal Malam, Waris Jari Hantu. Manakala, drama yang berunsurkan khurafat ialah Puaka Niyang Rapik, Anak Betong, Bilik 13, Seram, Susuk, Kliwon, Kekasihku Seru dan banyak lagi.

Ciri-Ciri Khurafat dan Tahayul:

1.Cerita yang berunsur mitos dan lagenda, rekaan, dongeng, khayalan atau kepercayaan karut.

2.Cerita yang tidak didasarkan pada nas-nas syarak sama ada al-Quran atau hadis

3.Cerita berbentuk pemujaan dan permohonan kepada ‘makhluk halus’ bagi tujuan memudaratkan orang lain dan menyeleweng daripada akidah Islam

4.Penggunaan objek-objek tertentu seperti kubur, pokok dan sebagainya bagi tujuan tertentu

5.Cerita yang berunsur negatif dari segi akidah dan syariat Islam


LAMAN ISU 3: HIBURAN MELAMPAU (ISU-ISU KONTEMPORARI)

HIBURAN MELAMPAU

Pada dasarnya, Islam mengharuskan hiburan kerana hiburan menjadi sebahagian daripada fitrah kehidupan manusia. Hal ini berdasarkan kepada hadis Rasulullah SAW yang diriwayatkan daripada Aisyah r.a. yang bermaksud:
“Sesungguhnya Abu Bakar masuk kepadaku, sedang disampingku ada dua gadis hamba daripada orang Ansar sedang menyanyi dengan nyanyian yang dinyanyikan oleh orang Ansar pada hari peperangan Bu’ath. Aku berkata, kedua-dua orang ini bukanlah penyanyi. Abu Bakar berkata, adakah di rumah nabi ini terdapat serunai syaitan? Sedangkan pada hari ini adalah hari raya aidilfitri. Rasulullah bersabda, wahai Abu Bakar, sesungguhnya setiap kamu ada hari rayanya dan ini adalah hari raya kita.” (Ibnu Majah)
Berdasarkan hadis di atas, jelaslah bahawa hiburan yang menghiburkan jiwa serta menenangkan hati diharuskan oleh Islam. Hal ini dinyatakan oleh al-Syeikh Yusuf al-Qardhawi bahawa antara hiburan yang dapat menghibur jiwa, menenangkan hati serta menyedapkan telinga ialah nyanyian. Hiburan nyanyian ini diharuskan oleh Islam dengan syarat ia tidak dicampuri dengan kata-kata kotor, keji atau yang boleh merangsang kepada perbuatan dosa.

Beberapa garis panduan tentang hiburan telah dikeluarkan seperti berikut :
1. Program hiburan:
- Bermatlamatkan kebaikan dan kesejahteraan
- Diadakan di tempat yang bersesuaian supaya tidak menggangu ketenteraman awam dan orang lain
- Mengambil kira masa yang bersesuaian dengan sensitiviti masyarakat dan ajaran Islam
- Tidak disertai oleh perbuatan-perbuatan haram atau maksiat
- Tidak mengandungi acara yang bersifat provokasi yang boleh menimbulkan sikap prejudis atau permusuhan
- Tidak mengandungi unsur-unsur pemujaan atau penyembahan yang bertentangan dengan ajaran Islam



2. Persembahan muzik:
  • Tidak menimbulkan gerak-geri liar
  • Tidak mendorong kepada perbuatan maksiat
  • Tidak melalaikan



3. Lirik:
  • Kalimah syahadah dalam bahasa Arab hendaklah disempurnakan
  • Tidak mengandungi sebutan yang boleh membangkitkan nafsu shahwat, perkara lucah, menggambarkan arak dan memberikan perangsang melakukan dosa
  • Tidak mengandungi unsur-unsur pemujaan makhluk dan peribadi
  • Tidak mengandungi ungkapan-ungkapan yang melanggar adab kesopanan dalam Islam
  • Tidak mengandungi ungkapan yang melanggar akidah dan syariat Islam
  • Tidak mengandungi unsur menghina, mengaib, mencaci, memfitnah dan seumpamanya


4. Persembahan artis
  • Berpakaian kemas, sopan serta tidak memakai pakaian yang boleh mendedahkan diri kepada eksploitasi penonton dan tidak bercanggah dengan kehendak Islam.
  • Tidak mengucapkan kata-kata yang menggalakkan perbuatan maksiat atau menghina agama Islam

5.Persembahan tarian:
  • Tidak bertujuan pemujaan atau penyembahan
  • Tidak dipersembahkan dengan gaya yang memberahikan
  • Gerak tari yang dipersembahkan tidak menimbulkan fitnah 





KEBAIKAN DAN KEBURUKKAN HIBURAN TERLAMPAU


             KEBAIKAN:

1. Menjadikan muzik sebagai semangat untuk mereka mengulangkaji pelajaran.

2. Muzik dan filem sama ada di televisyen atau di pawagam layak digambarkan sebagai sumber inspirasi kepada masyarakat terutamanya belia.

3. Menjadikan hiburan seperti muzik, mainan dan seumpamanya sebagai satu cara untuk menghilangkan tekanan atau menenangkan jiwa.

4. Hiburan dapat mengeratkan silaturrahim antara satu sama lain.

KEBURUKAN:
~Hiburan melampau boleh menyebabkan kita lalai dan leka
~Hiburan boleh menyebabkan sebagai seorang muslim melambat-lambatkan  waktu solat
~Hiburan juga menyebabkan kita terpesong dari landasan agama
~Hiburan boleh menyebabkan kita terikut-ikut dengan budaya kuning


KESIMPULAN:  

  • Hiburan adalah perbuatan, aktiviti dan sebagainya bertujuan untuk menghiburkan, menyenangkan, mententeramkan hati dan diri, itulah pentakrifan secara umum tentang hiburan. Sekiranya kita melihat kepada negara kita Malaysia khususnya, hiburan telah berkembang luas dan telah mengambil tempat yang cukup luas dalam cabang sosial. Kita juga dapat melihat perkembangan dalam media massa tidak kira media cetak dan media elektronik. Perkara inilah yang mendatangkan kebimbangan dalam kalangan umat islam di Malaysia.

  • Melihat dari kajian pelbagai pihak bahawa hiburan seperti ini secara terang-terangan membawa keruntuhan akhlak umat islam, juga mendorong kepada masalah sosial. Dapat kita buktikan dengan isu-isu yang berlaku baru-baru ini seperti kes pembuangan bayi yang sudah tentu berpunca dari perbuatan zina, kes yang berkaitan dengan penyalahgunaan dadah, minum arak dan sebagainya.

  • Semua ini berpunca dari hiburan yang tidak terkawal walaupun sebahagian orang melihatnya kecil. Sebagai contoh menonton rancangan realiti di kaca tv, ramai dikalangan masyarakat beranggapan ia sebagai perkara biasa, tetapi malangnya mereka tidak mengetahui aplikasinya terhadap moral dan akhlak. Secara ringkasnya, banyak keburukkan dan impikasi yang negatif melalui hiburan melampau termasuklah merosakkan agama, bangsa dan budaya melayu itu sendiri. Bagi remaja yang “asyik” dalam alam hiburan, implikasi yang akan berlaku akan membimbangkan agama dan negara pada masa yang akan datang.

LAMAN ISU 2: PENYEBARAN FITNAH (ISU-ISU KONTEMPORARI)

PENYEBARAN FITNAH


Perbualan antara Rasulullah SAW dengan seorang sahabat, Rasulullah SAW ditanya, “wahai Rasulullah, apakah itu ghibbah?” Lalu jawab Baginda, “menyebut sesuatu yang tidak disukai oleh saudaramu di belakangnya!” Kemudian Baginda ditanya lagi, “bagaimana sekiranya apa yang disebut itu benar?” Jawab Baginda, “Kalau sekiranya apa yang disebutkan itu benar, maka itulah ghibbah, tetapi jika perkara itu tidak benar, maka engkau telah melakukan buhtan (pembohongan besar).”      (Muslim, Abu Daud dan At-Tarmizi)
Hadis tersebut jelas menunjukkan kepada kita bahawa pembohongan atau pun ghibbah (menyebut keburukan orang lain walaupun benar) itu ialah sesuatu perkara yang dikutuk di dalam Islam. 


Fitnah berasal daripada perkataan Arab yang membawa maksud kekacauan, bencana, cubaan dan penyesatan adalah dilarang sama sekali dalam Islam. Hal ini kerana, fitnah mampu mendatangkan kesan buruk ke atas agama dan masyarakat dan boleh membawa kepada kehancuran sesebuah negara.
               
Pada masa kini,isu fitnah ini bukan sahaja berbentuk percakapan antara dua pihak namun juga dalam bentuk penulisan. Misalnya, dalam komunikasi massa terutamanya dalam blog juga turut wujudnya fitnah. Mana tidaknya, apa yang ditulis oleh orang tidak bertanggungjawab ini boleh menghancurkan perpaduan kaum dan keharmonian yang telah lama terjalin pada suatu ketika dulu. 


Fitnah merupakan satu perbuatan yang terkutuk dan sangat dicela oleh mana-mana agama. Fitnah juga adalah satu tuduhan palsu yang direka-reka terhadap seseorang bertujuan untuk menjatuhkan maruah, nama baik atau kedudukan seseorang. Sebagaimana maklum, fitnah juga boleh dilakukan secara lisan ataupuyn bertulis, dan kini ia juga boleh dilakukan melalui laman sosial. Sifat fitnah sering dilakukan di alam nyata ataupun melalui laman sosial adalah sama sahaja dan kesannya juga adalah sama.


Antara fitnah yang selalu terjadi ialah fitnah siber. Internet diakui sebagai medium ideal dalam menggalakkan proses demokrasi. Namun, dalam masa yang sama, internet boleh menjadi medium penyebaran fitnah  sekiranya ada pengguna yang terus menyalahgunakannya. Fitnah Siber berlaku dan tersebar dalam pelbagai saluran media massa dan elektronik, bahkan ianya semakin berleluasa melalui laman-laman sesawang atau blog serta laman-laman sosial seperti facebook dan twitter.


Fitnah yang dicetuskan tersebar dengan cepat, meluas dan mudah tanpa sebarang sekatan yang akhirnya mencetuskan huru-hara dan ketidakstabilan dalam masyarakat. Punca berlakunya fitnah ini kerana maklumat dari internet dan sistem telekomunikasi seperti khidmat pesanan ringkas (SMS) telah dijadikan sebagai sumber informasi utama masyarakat kita pada hari ini. Seterusnya, sikap mudah menerima berita dan menyebarkannya tanpa usul periksa samaada maklumat yang diterima benar atau sebaliknya. Inilah sikap yang amat ditegah oleh Islam.


Oleh itu, antara langkah yang boleh diambil untuk mengatasi masalah fitnah adalah mewujudkan sebuah badan khas yang menyelenggara atau menapis segala paparan di laman sesawang. Hal ini kerana laman sesawang telah menjadi medium utama pada masa kini untuk menyebarkan fitnah kerana sifatnya yang terbuka dan bebas berbanding media cetak. Apatah lagi konsep kebebasan bersuara dan hak asasi manusia yang diamalkan tanpa sekatan dalam internet itu sendiri membolehkan sesiapa sahaja menghantar atau menyiarkan sebarang maklumat sama ada benar atau tidak. Seandainya sebuah badan penapis atau pemantau diwujudkan, cerita-cerita yang tidak sepatutnya dapat dihalang untuk disiarkan, seterusnya mampu mengurangkan masalah fitnah.


Kesimpulanya, fitnah bukan sahaja banyak membawa keburukan dalam kehidupan bermasyarakat bahkan ianya merupakan dosa besar. Pembuat dan penyebar fitnah disifatkan Islam sebagai sekeji-keji manusia. Fitnah juga berbahaya kepada perhubungan kaum dimana jika fitnah tersebut melibatkan perkauman ia boleh mengakibatkan ketegangan kaum tercetus.


HUKUM FITNAH

  • Fitnah merupakan suatu kebohongan besar yang sangat merugikan dan termasuk dalam dosa besar. Oleh itu, Islam melarang umatnya memfitnah sebab fitnah hukumnya adalah haram.




LAMAN ISU 1: PERKAUMAN (ISU-ISU KONTEMPORARI)

PERKAUMAN


ü      Isu-isu perkauman bermaksud isu-isu yang melibatkan hubungan antara kaum dalam aspek penggunaan bahasa, dimensi agama, tingkah laku sosial, perlakuan fizikal, sektor pekerjaan, perbuatan buli, penulisan dan literatur, rasisme dan seumpamanya.

ü Isu-isu perkauman dan isu-isu sensitif boleh menggugat perpaduan dan kesepakatan antara kaum, mewujudkan huru-hara dan ancaman ketenteraman awam, mencetuskan konflik dan perselisihan kaum dan konflik antara agama, mewujudkan suasana prejudis, prasangka, dan hubungan tidak baik antara kaum, menghilangkan semangat toleransi, menimbulkan suasana tidak aman serta mengurangkan persefahaman bangsa berbilang kaum. Kesemua elemen-elemen negatif ini akan mengganggu-gugat keharmonian hubungan antara kaum sehingga menjejaskan perpaduan, menghilangkan kesedaran tentang kepentingan hubungan antara kaum, merencatkan keselesaan rakyat pelbagai kaum agar dapat hidup dengan harmoni dan mengusutkan hubungan interaksi antara agama dan budaya.

ü  Islam menggariskan dua perkara berikut demi untuk kebaikan Negara:

a)Mengadakan usaha untuk mengukuhkan keselamatan dan
      kesejahteraan masyarakat.

b)Mengelakkan sebarang perkara atau tindakan yang boleh menjejaskan keselamatan dan kesejahteraan negara.


ü  Sekiranya konflik tidak diuruskan dan diselesaikan dengan baik, pertikaian sedemikian boleh menjadi lebih rumit dan mampu memecah-belahkan kesejahteraan dalam kehidupan masyarakat majmuk.







KENALI KAMI

Blog ini adalah mengenai dakwah berkaitan konsep hubungan sesama manusia. Antaranya, konsep persaudaraan, konsep kejiranan, batas-batas pergaulan dan intergrasi budaya dalam perayaan. Selain itu, terdapat juga isu-isu kontemporari seperti perkauman, penyebaran fitnah, hiburan melampau dan unsur-unsur khurafat dalam filem.

LAMAN ISU (KONSEP HUBUNGAN SESAMA MANUSIA)


1. KONSEP KEJIRANAN

2. PERSAUDARAAN

3. BATAS-BATAS PERGAULAN

4. INTEGRASI BUDAYA DALAM PERAYAAN

LAMAN ISU (ISU-ISU KONTEMPORARI)



1. PERKAUMAN

2. PENYEBARAN FITNAH

3. HIBURAN MELAMPAU

4. UNSUR-UNSUR KHURAFAT DALAM FILEM

LAMAN RUJUKAN

SUMBER RUJUKAN

LAMAN ISU 4: INTEGRASI BUDAYA DALAM PERAYAAN (KONSEP HUBUNGAN SESAMA MANUSIA)

INTEGRASI BUDAYA DALAM PERAYAAN


Malaysia ialah sebuah Negara yang dihuni oleh pelbagai kaum dan budaya. Oleh sebab itu, rakyat Malaysia mempunyai kepelbagaian jenis budaya dan cara hidup yang berbeza. Kepelbagaian budaya memerlukan beberapa perkara asas bagi mewujudkan keharmonian dalam hubungan sosial. Antara perkara asas tersebut ialah:

  •  Kemesraan komunikasi: Terhasil melalui ucapan salam, bertegur sapa, bersifat lemah lembut dan memberi sepenuh perhatian ketika bercakap.

  • Budaya ziarah-menziarahi: Dapat mewujudkan hubungan mesra antara kaum atau bangsa.Beberapa perkara perlu diberi perhatian ketika melaksanakan amalan ini seperti mendapat keizinan daripada tuan rumah yang hendak diziarahi dan memastikan bahawa kedatangan kita ke rumah mereka tidak mendatangkan kesulitan bagi mereka.

  •  Budaya mengambil tahu: Budaya ini bukan bertujuan mencari keburukan atau menjaga tepi  kain orang, tetapi bersikap prihatin terhadap apa yang berlaku di sekeliling kita.

  •  Budaya saling menghormati: Amalan yang perlu dilaksanakan tanpa mengira bangsa, agama serta status seseorang

  •   Budaya mahabbah (saling berkasih sayang): Rasa cinta yang menyebabkan seseorang itu berusaha memelihara diri, keluarga dan masyarakat daripada ditimpa bencana atau mala petaka. Boleh menghilangkan perasaan seperti hasad dengki dan permusuhan jika ada budaya mahabbah dalam diri.


  •     Islam dan masyarakat majmuk: Islam ialah agama persekutuan. Perlembagaan Malaysiatelah memberikan jaminan tentang hak kebebasan asasi rakyat. Antara hak tersebut :


a)    Hak keselamatan
b)   Hak dan kebebasan peribadi
c)    Hak kebebasan tempat tinggal dan bergerak
d)   Hak dan kebebasan beragama serta berfikir
e)    Hak dan persamaan dalam undang-undang
f)     Hak dan kebebasan ekonomi
g)   Hak dan kebebasan bekerja
h)   Hak memperoleh jaminan social


Hukum Menyambut Perayaan Agama lain Menurut Islam


Di Malaysia, negara kita mempunyai pelbagai kaum dan perayaan yang disambut pada setiap tahun. Antara perayaan yang disambut ialah Hari Raya Aidilfitri, Hari Raya Aidiladha, Hari Deepavali, Sambutan Tahun Baru Cina, Hari Natal dan sebagainya. Ucapan selamat yang diucapkan kepada masyarakat bukan Islam sewaktu sambutan perayaan adalah diharuskan tetapi dengan syarat ucapan tersebut tidak mengandungi unsur-unsur karut atau syirik.

LAMAN ISU 3: BATAS-BATAS PERGAULAN (KONSEP HUBUNGAN SESAMA MANUSIA)

BATAS-BATAS PERGAULAN


Pergaulan merujuk proses sosialisasi antara sesama manusia. Oleh itu, Islam menetapkan peraturan pergaulan antara sesama manusia dan antara lelaki dengan perempuan. Terdapat tiga peringkat dalam memulakan pergaulan seperti berikut:

Peringkat berkenalan :
  • Berkenalan atau taaruf ialah peringkat yang membantu kita untuk saling kenal-mengenali dalam memulakan sesuatu perhubungan. Dengan cara ini kita dapat mengetahui sifat, bangsa, agama, kegemaran dan kedudukan yang ada pada diri seseorang.




Peringkat memahami :
  • Memahami atau tafahum ialah peringkat kedua dalam batas-batas pergaulan. Pada peringkat ini, kita dapat memahami dengan lebih mendalam tentang mereka yang berhubungan dengan kita. Dengan memahami latar belakang, akhlak dan sifat seseorang, maka mudahlah untuk menentukan orang yang akan menjadi teman. Jika kita bergaul dengan orang-orang yang baik akhlaknya, maka kita akan dapat tempias kebaikan mereka. Jika kita bergaul dengan orang-orang yang buruk akhlaknya, maka keburukan mereka yang akan mempengaruhi diri kita.


Peringkat tolong-menolong :
  • Tolong-menolong atau taawun ialah peringkat pergaulan yang terjalin daripada hubungan yang akrab. Setiap tindakan yang dilakukan dalam pergaulan antara sesama manusia mestilah bertetapan dengan peraturan yang ditetapkan oleh Allah SWT.



Etika dan Batas Pergaulan di antara lelaki dan wanita menurut Islam :

1. Menundukkan pandangan:

- Allah memerintahkan kaum lelaki untuk menundukkan pandangannya, sebagaimana firman-nya: Katakanlah kepada laki-laki yang beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya. (An-Nuur: 30)

- Sebagaimana hal ini juga diperintahkan kepada kaum wanita beriman, Allah berfirman:          
Dan katakanlah kepada wanita yang beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya. (An-Nuur: 31)


2. Menutup Aurat:

- Allah berfirman : ..dan jangan lah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang biasa nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka melabuhkan kain tudung ke dadanya. (An-Nur: 31).

- Juga Firman-nya: Katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin: Hendaklah mereka melabuhkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka.(Al-Ahzab : 59)

- Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah dikenali, kerana itu mereka tidak diganggu. - Dan allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. (An-Nur: 59).

- Perintah menutup aurat juga berlaku bagi semua jenis. Dari Abu Daud Said al-Khudri berkata: Rasulullah SAW bersabda: Janganlah seseorang lelaki memandang aurat lelaki, begitu juga dengan wanita jangan melihat aurat wanita.


3. Tidak berdua-duaan Di Antara Lelaki Dan Perempuan:

- Dari Ibnu Abbas berkata: Rasulullah SAW bersabda: Janganlah seorang lelaki berdua-duaan (khalwat) dengan wanita kecuali bersama mahramnya. (Hadis Riwayat Bukhari & Muslim)

- Dari Jabir bin Samurah berkata: Rasulullah SAW bersabda: Janganlah salah seorang dari kalian berdua-duan dengan seorang wanita, kerana syaitan akan menjadi ketiganya. (Hadis Riwayat Ahmad & Tirmidzi)


4. Tidak Melunakkan Ucapan (Percakapan)

- Seorang wanita dilarang melunakkan ucapannya ketika berbicara selain kepada suaminya. Firman ALLAH SWT; Hai isteri-isteri Nabi, kamu sekalian tidaklah seperti wanita yang lain, jika kamu bertakwa. Maka janganlah kamu tunduk dalam berbicara (berkata-kata yang menggoda) sehingga berkeinginan orang yang ada penyakit di dalam hatinya tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik. (Al-Ahzaab: 32)

- Berkata Imam Ibnu Kathir; Ini adalah beberapa etika yang diperintahkan oleh ALLAH kepada para isteri Rasulullah SAW serta kepada para wanita mukminah lainnya, iaitu hendaklah dia kalau berbicara dengan orang lain tanpa suara merdu, dalam pengertian janganlah seorang wanita berbicara dengan orang lain sebagaimana dia berbicara dengan suaminya. (Tafsir Ibnu Kathir 3/350) 


5. Tidak Menyentuh Kaum Berlawanan Jenis:
  • Dari Maqil bin Yasar .a. berkata: Seandainya kepala seseorang ditusuk dengan jarum besi itu masih lebih baik daripada menyentuh kaum wanita yang tidak halal baginnya.    (Hadis Hasan Riwayat Thabrani dalam Mujam Kabir)
  • Syaikh al-Abani Rahimahullah; Dalam hadis ini terdapat ancaman keras terhadap orang-orang yang menyentuh wanita yang tidak halal baginya. (Ash-Shohihah 1/44)
  • Inilah sebahagian etika pergaulan lelaki dan wanita selain mahram, yang mana apabila seseorang melanggar semuanya atau sebahagiannya saja akan menjadi dosa zina baginya.
  • Daripada Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi s.a.w. bersabda : “Telah ditetapkan bagi setiap anak Adam bahagian dosa daripada zina yang pasti akan ditemuinya. Kedua mata dosanya melihat, kedua telinga dosanya mendengar, lidah dosanya membicarakannya, kedua tangan dosanya memegang, kedua kaki dosanya melangkah, dan hati dosanya membayangkan atau mengangan-angankan. Semua itu akan dinyatakan atau tidak oleh kemaluannya.” (Riwayat Muslim)


Kesan Buruk yang timbul daripada Pergaulan Bebas
  • Merosakkan jiwa dan akhlak
  • Menyuburkan perzinaan
  • Merosakkan maruah diri, masyarakat dan Negara
  • Membawa kepada kemurkaan Allah SWT.

LAMAN UTAMA

NAMA MAJALAH: DAKWAH ITU CINTA

LOGO MAJALAH:

Image result for logo dakwah itu cinta

TAJUK SETIAP ENTRI:

1. KONSEP KEJIRANAN

2. KONSEP PERSAUDARAAN

3. BATAS-BATAS PERGAULAN

4. INTEGRASI BUDAYA DALAM PERAYAAN


PROFIL KUMPULAN:

FATIN NOR SYAHIRA IZZWANIEY BT ADAM

NUR ADILA SYAFIQAH BT AZMAN

NUR SYAKIRA BT RUSLI

NORZARIFAH BT AZMI

ZUHAIRAH BT JOHAN


Kami telah diberi tugasan untuk menghasilkan majalah dalam talian (on-line). Kami perlu menghuraikan konsep hubungan sesama manusia dan isu-isu kontemporari seperti perkauman, hinuran melampau, penyebaran fitnah dan unsur-unsur khurafat dalam filem

        
                                     





Wednesday, 8 March 2017

LAMAN ISU 1: KONSEP KEJIRANAN (KONSEP HUBUNGAN SESAMA MANUSIA)

KONSEP KEJIRANAN

Dari segi bahasa, jiran berasal daripada bahasa Arab yang membawa pengertian orang yang tinggal bersebelahan atau tetangga.





Dari segi istilah jiran adalah orang-orang yang tinggal bersebelahan dengan rumah, bersebelahan kampung, daerah malahan lebih besar daripada itu iaitu jiran yang bersebelahan dengan negara. Jiran juga bererti ahli-ahli 40 buah rumah setiap penjuru yang mengelilingi rumah individu. Hal ini sebagaimana hadis riwayat Abu Daud, telah bersabda Rasulullah s.a.w iaitu :

Maksudnya : “Empat puluh buah rumah tetap sebagai jiran tetangga”.



Berdasarkan kepada hadis Rasulullah s.a.w menunjukkan bahawa walaupun jarak daripada rumah seseorang diselangi 40 buah rumah, ia juga dikira sebagai jiran tetangga. Menurut Ali Ibn Talhah daripada Ibnu Abbas, jiran membawa pengertian hubungan kekeluargaan atau pertalian darah. Jiran juga boleh dikatakan sebagai apabila penempatan itu dihuni oleh manusia yang lain yang juga tinggal berhampiran dengan rumah yang dihuni oleh kita. 

Salah satu daripada ajaran Islam yang amat penting bagi menjamin kesejahteraan hidup bermasyarakat ialah amalan hidup berjiran. Secara fitrahnya, manusia tidak boleh hidup seorang diri atau mengasingkan diri. Oleh itu, Islam telah menekankan kepentingan menjalinkan hubungan dalam kalangan masyarakat sekeliling. Hubungan yang baik dapat membentuk sifat saling membantu, bekerjasama, saling menyayangi, menghormati dan sebagainya.





Image result for adab berjiran


PEMBAHAGIAN JIRAN 


Islam membahagikan jiran kepada beberapa bahagian iaitu jiran beragama Islam yang mempunyai pertalian darah, jiran beragama Islam yang tidak mempunyai pertalian darah dan jiran bukan Islam. Dalam erti kata lain jiran jauh dan dekat. Hal ini sebagaimana firman Allah s.w.t dalam surah an-Nisaa’ ayat 36 iaitu :






Maksud-Nya : Sembahlah Allah dan janganlah kamu mempersekutukan-Nya dengan sesuatu pun dan berbuat baiklah kepada dua orang ibu-bapa, rakan-rakan, anak-anak yatim, orang-orang miskin, tetangga yang dekat mahupun tetangga yang jauh dan teman sejawat. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang sombong dan membangga-banggakan diri. 


HAK JIRAN YANG PERLU DIPELIHARA 

Hak jiran perlu bagi setiap individu kerana hal ini adalah selari dengan tuntutan agama. Tidak menyakiti jiran dan seringkali memelihara keamanan dengan jiran. Hal ini sebagaimana dalam sabda Rasulullah s.a.w iaitu : 

Maksudnya : “Barang siapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat maka janganlah dia menyakiti jirannya.” 



Menghormati jiran dan pengamalan mereka selagi mana tidak membawa mudarat. Sekalipun jiran tersebut bukanlah beragama Islam maka menghormati dan tidak menganggu kehidupan dan pengamalan mereka misalnya ibadah mereka dalam agama mereka seperti yang dilakukan oleh orang-orang Cina dengan meletakkan tokong di luar rumah maka hendaklah dihormati selagi mana tidak membawa bahaya dan mudarat. 



Umat Islam yang bertimbang rasa dan menyedari serta memahami hukum-hukum agama, adalah merupakan manusia yang paling baik hubungannya terhadap jiran-jirannya. Mereka akan sentiasa mencurahkan segala bakti demi kebaikan jiran mereka yang merupakan manusia yang paling mereka kasihi. Islam banyak menyeru umatnya agar sentiasa menjaga dan memelihara hubungan dengan jiran. Menyedari betapa tingginya kedudukan jiran di dalam Islam dan peranannya dalam kehidupan kemanusiaan. 


Antara hak jiran yang lain yang perlu dipelihara adalah sentiasa memberi layanan baik dan kasih sayang serta akhlak yang baik dalam muamalah dengan mereka. Islam mementingkan hubungan mesra dan layanan baik kepada jiran dan ini terlihat daripada banyak panduan daripada hadith baginda antaranya ialah daripada riwayat Abu Dzar yang menyebut telah bersabda Rasulullah s.a.w iaitu : 



Maksudnya : Wahai Abu Dzar sekiranya engkau memasak maraq (sejenis makanan berkuah seperti sup) maka banyakkanlah kuahnya dan berikan kepada jiran engkau.



Berdasarkan dalil-dalil daripada al-Quran dan hadis, jelas menunjukkan bahawa Islam seringkali menganjurkan dan menyeru umatnya supaya sentiasa menjaga hubungan dengan jiran tetangga dan memelihara hak-hak jiran disamping menghormati jiran-jiran bukan Islam selagi mana tidak merosakkan akidah dan akhlak.

ADAB BERJIRAN
1. Tidak menyakiti mereka sama ada melalui perkataan, perbuatan atau sekadar sangka buruk. Jiran yang jahat dan tidak berakhlak digambarkan sebagai lembaga hitam yang telah dirasuk syaitan sehingga tergamak melakukan kejahatan dan kedurjanaan sehingga menimbulkan ketakutan dan kegerunan kepada insan lain.
2. Menuturkan kata-kata yang baik dan menghormati mereka sebagai manusia.
3. Sentiasa merendah diri dan berlemah-lembut dengan mereka dan mengelak diri dari bersikap takbur.
4. Mengambil berat dan bersimpati terhadap segala permasalahan yang sedang mereka hadapi sama ada yang berkaitan dengan masalah keagamaan, kekeluargaan atau rumah tangga, kejiwaan, kesihatan, pelajaran, kewangan, makan-minum, dan sebagainya.
5. Tidak memandang rendah dan saling menghina sesama jiran, sebaliknya hendaklah sentiasa hormat menghormati, menghargai dan berterima kasih terhadap apa jua pemberian,khidmat dan pertolongan yang diberikan.
6. Sentiasa berusaha mewujudkan suasana aman, damai, tenteram, sejahtera dan ceria dalam kehidupan berjiran. Faktor inilah juga yang menyebabkan Rasulullah SAW menyatakan bahawa antara rukun-rukun kebahagiaan ialah ‘jiran yang baik’.
7. Elakkan sikap terlalu suka mengambil tahu hal ehwal peribadi dan keluarganya, kecuali setelah mereka sendiri mengadu untuk mendapatkan bantuan kita untuk menyelesaikannya.


8. Jangan mudah terpengaruh dengan fitnah atau umpatan orang lain terhadap diri mereka.

9. Menziarahi mereka ketika mereka sakit.

10.Tidak menghebahkan segala kesalahan, keaiban dan kesilapan jiran.

11.Menjaga keselamatan rumah atau anak-anak mereka, ketika mereka tiada di rumah.

12.Menghadiahkan mereka dengan buah tangan yang kita beli.



HIKMAH DALAM BERJIRAN
  • Kehidupan dipenuhi kedamaian dan keharmonian bertambah erat.
  • Terjamin dapat bersatu kearah kemajuan.
  • Kehidupan bermasyarakat di berkati Allah.
  • Sentiasa rasa selesa dan mendapat pembelaan.
  • Kehidupan lebih berkualiti.
  • Kemungkaran dapat dibasmi dengan mudah.
  • Kerja yang berat menjadi ringan.
  • Menghakis sifat individualistik dalam diri.



IMPLIKASI JIKA TIDAK BERADAB DENGAN JIRAN
  • Menjejaskan keharmonian hidup bermasyarakat.
  • Terpinggir daripada masyarakat.
  • Sukar mendapat pertolongan ketika dalam kesusahan.
  • Negara akan kucar-kacir dan mundur.
  • Kehidupan tidak tenang.