BATAS-BATAS PERGAULAN
Pergaulan
merujuk proses sosialisasi antara sesama manusia. Oleh itu, Islam menetapkan
peraturan pergaulan antara sesama manusia dan antara lelaki dengan perempuan. Terdapat
tiga peringkat dalam memulakan pergaulan seperti berikut:
Peringkat
berkenalan :
- Berkenalan atau taaruf ialah peringkat yang membantu kita untuk saling kenal-mengenali dalam memulakan sesuatu perhubungan. Dengan cara ini kita dapat mengetahui sifat, bangsa, agama, kegemaran dan kedudukan yang ada pada diri seseorang.
Peringkat memahami :
- Memahami atau tafahum ialah peringkat kedua dalam batas-batas pergaulan. Pada peringkat ini, kita dapat memahami dengan lebih mendalam tentang mereka yang berhubungan dengan kita. Dengan memahami latar belakang, akhlak dan sifat seseorang, maka mudahlah untuk menentukan orang yang akan menjadi teman. Jika kita bergaul dengan orang-orang yang baik akhlaknya, maka kita akan dapat tempias kebaikan mereka. Jika kita bergaul dengan orang-orang yang buruk akhlaknya, maka keburukan mereka yang akan mempengaruhi diri kita.
Peringkat
tolong-menolong :
- Tolong-menolong atau taawun ialah peringkat pergaulan yang terjalin daripada hubungan yang akrab. Setiap tindakan yang dilakukan dalam pergaulan antara sesama manusia mestilah bertetapan dengan peraturan yang ditetapkan oleh Allah SWT.
Etika dan Batas Pergaulan di antara
lelaki dan wanita menurut Islam :
1. Menundukkan
pandangan:
- Allah
memerintahkan kaum lelaki untuk menundukkan pandangannya, sebagaimana firman-nya:
Katakanlah kepada laki-laki yang beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya
dan memelihara kemaluannya. (An-Nuur: 30)
- Sebagaimana
hal ini juga diperintahkan kepada kaum wanita beriman, Allah berfirman:
Dan katakanlah kepada wanita yang
beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya.
(An-Nuur: 31)
2. Menutup Aurat:
- Allah
berfirman : ..dan jangan lah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang
biasa nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka melabuhkan kain tudung ke dadanya.
(An-Nur: 31).
- Juga
Firman-nya: Katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan
isteri-isteri orang mukmin: Hendaklah mereka melabuhkan jilbabnya ke seluruh
tubuh mereka.(Al-Ahzab : 59)
- Yang
demikian itu supaya mereka lebih mudah dikenali, kerana itu mereka tidak
diganggu. - Dan allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. (An-Nur: 59).
- Perintah
menutup aurat juga berlaku bagi semua jenis. Dari Abu Daud Said al-Khudri
berkata: Rasulullah SAW bersabda: Janganlah seseorang lelaki memandang aurat
lelaki, begitu juga dengan wanita jangan melihat aurat wanita.
3. Tidak
berdua-duaan Di Antara Lelaki Dan Perempuan:
- Dari
Ibnu Abbas berkata: Rasulullah SAW bersabda: Janganlah seorang lelaki berdua-duaan
(khalwat) dengan wanita kecuali bersama mahramnya. (Hadis Riwayat Bukhari &
Muslim)
- Dari
Jabir bin Samurah berkata: Rasulullah SAW bersabda: Janganlah salah seorang
dari kalian berdua-duan dengan seorang wanita, kerana syaitan akan menjadi
ketiganya. (Hadis Riwayat Ahmad & Tirmidzi)
4. Tidak
Melunakkan Ucapan (Percakapan)
- Seorang
wanita dilarang melunakkan ucapannya ketika berbicara selain kepada suaminya.
Firman ALLAH SWT; Hai isteri-isteri Nabi, kamu sekalian tidaklah seperti wanita
yang lain, jika kamu bertakwa. Maka janganlah kamu tunduk dalam berbicara
(berkata-kata yang menggoda) sehingga berkeinginan orang yang ada penyakit di
dalam hatinya tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik. (Al-Ahzaab: 32)
- Berkata
Imam Ibnu Kathir; Ini adalah beberapa etika yang diperintahkan oleh ALLAH
kepada para isteri Rasulullah SAW serta kepada para wanita mukminah lainnya,
iaitu hendaklah dia kalau berbicara dengan orang lain tanpa suara merdu, dalam
pengertian janganlah seorang wanita berbicara dengan orang lain sebagaimana dia
berbicara dengan suaminya. (Tafsir Ibnu Kathir 3/350)
5. Tidak
Menyentuh Kaum Berlawanan Jenis:
- Dari Maqil bin Yasar .a. berkata: Seandainya kepala seseorang ditusuk dengan jarum besi itu masih lebih baik daripada menyentuh kaum wanita yang tidak halal baginnya. (Hadis Hasan Riwayat Thabrani dalam Mujam Kabir)
- Syaikh al-Abani Rahimahullah; Dalam hadis ini terdapat ancaman keras terhadap orang-orang yang menyentuh wanita yang tidak halal baginya. (Ash-Shohihah 1/44)
- Inilah sebahagian etika pergaulan lelaki dan wanita selain mahram, yang mana apabila seseorang melanggar semuanya atau sebahagiannya saja akan menjadi dosa zina baginya.
- Daripada Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi s.a.w. bersabda : “Telah ditetapkan bagi setiap anak Adam bahagian dosa daripada zina yang pasti akan ditemuinya. Kedua mata dosanya melihat, kedua telinga dosanya mendengar, lidah dosanya membicarakannya, kedua tangan dosanya memegang, kedua kaki dosanya melangkah, dan hati dosanya membayangkan atau mengangan-angankan. Semua itu akan dinyatakan atau tidak oleh kemaluannya.” (Riwayat Muslim)
Kesan Buruk yang timbul daripada
Pergaulan Bebas
- Merosakkan jiwa dan akhlak
- Menyuburkan perzinaan
- Merosakkan maruah diri, masyarakat dan Negara
- Membawa kepada kemurkaan Allah SWT.
No comments:
Post a Comment