INTEGRASI BUDAYA DALAM PERAYAAN
Malaysia ialah sebuah Negara yang dihuni oleh pelbagai kaum dan budaya. Oleh sebab itu, rakyat Malaysia mempunyai kepelbagaian jenis budaya dan cara hidup yang berbeza. Kepelbagaian budaya memerlukan beberapa perkara asas bagi mewujudkan keharmonian dalam hubungan sosial. Antara perkara asas tersebut ialah:
- Kemesraan komunikasi: Terhasil melalui ucapan salam, bertegur sapa, bersifat lemah lembut dan memberi sepenuh perhatian ketika bercakap.
- Budaya ziarah-menziarahi: Dapat mewujudkan hubungan mesra antara kaum atau bangsa.Beberapa perkara perlu diberi perhatian ketika melaksanakan amalan ini seperti mendapat keizinan daripada tuan rumah yang hendak diziarahi dan memastikan bahawa kedatangan kita ke rumah mereka tidak mendatangkan kesulitan bagi mereka.
- Budaya mengambil tahu: Budaya ini bukan bertujuan mencari keburukan atau menjaga tepi kain orang, tetapi bersikap prihatin terhadap apa yang berlaku di sekeliling kita.
- Budaya saling menghormati: Amalan yang perlu dilaksanakan tanpa mengira bangsa, agama serta status seseorang
- Budaya mahabbah (saling berkasih sayang): Rasa cinta yang menyebabkan seseorang itu berusaha memelihara diri, keluarga dan masyarakat daripada ditimpa bencana atau mala petaka. Boleh menghilangkan perasaan seperti hasad dengki dan permusuhan jika ada budaya mahabbah dalam diri.
- Islam dan masyarakat majmuk: Islam ialah agama persekutuan. Perlembagaan Malaysiatelah memberikan jaminan tentang hak kebebasan asasi rakyat. Antara hak tersebut :
a) Hak keselamatan
b) Hak dan kebebasan peribadi
c) Hak kebebasan tempat tinggal dan bergerak
d) Hak dan kebebasan beragama serta berfikir
e) Hak dan persamaan dalam undang-undang
f) Hak dan kebebasan ekonomi
g) Hak dan kebebasan bekerja
h) Hak memperoleh jaminan social
Hukum Menyambut Perayaan Agama lain Menurut Islam
Di Malaysia, negara kita mempunyai pelbagai kaum dan perayaan yang disambut pada setiap tahun. Antara perayaan yang disambut ialah Hari Raya Aidilfitri, Hari Raya Aidiladha, Hari Deepavali, Sambutan Tahun Baru Cina, Hari Natal dan sebagainya. Ucapan selamat yang diucapkan kepada masyarakat bukan Islam sewaktu sambutan perayaan adalah diharuskan tetapi dengan syarat ucapan tersebut tidak mengandungi unsur-unsur karut atau syirik.
No comments:
Post a Comment