LAMAN ISU 1: PERKAUMAN (ISU-ISU KONTEMPORARI)

PERKAUMAN


ü  Isu-isu perkauman bermaksud isu-isu yang melibatkan hubungan antara kaum dalam aspek penggunaan bahasa, dimensi agama, tingkah laku sosial, perlakuan fizikal, sektor pekerjaan, perbuatan buli, penulisan dan literatur, rasisme dan seumpamanya.

ü  Isu-isu perkauman dan isu-isu sensitif boleh menggugat perpaduan dan kesepakatan antara kaum, mewujudkan huru-hara dan ancaman ketenteraman awam, mencetuskan konflik dan perselisihan kaum dan konflik antara agama, mewujudkan suasana prejudis, prasangka, dan hubungan tidak baik antara kaum, menghilangkan semangat toleransi, menimbulkan suasana tidak aman serta mengurangkan persefahaman bangsa berbilang kaum. Kesemua elemen-elemen negatif ini akan mengganggu-gugat keharmonian hubungan antara kaum sehingga menjejaskan perpaduan, menghilangkan kesedaran tentang kepentingan hubungan antara kaum, merencatkan keselesaan rakyat pelbagai kaum agar dapat hidup dengan harmoni dan mengusutkan hubungan interaksi antara agama dan budaya.

ü  Islam menggariskan dua perkara berikut demi untuk kebaikan Negara:

a)Mengadakan usaha untuk mengukuhkan keselamatan dan
      kesejahteraan masyarakat.

b)Mengelakkan sebarang perkara atau tindakan yang boleh menjejaskan keselamatan dan kesejahteraan negara.


ü  Sekiranya konflik tidak diuruskan dan diselesaikan dengan baik, pertikaian sedemikian boleh menjadi lebih rumit dan mampu memecah-belahkan kesejahteraan dalam kehidupan masyarakat majmuk.

No comments:

Post a Comment