PENYEBARAN FITNAH
Perbualan
antara Rasulullah SAW dengan seorang sahabat, Rasulullah SAW ditanya, “wahai
Rasulullah, apakah itu ghibbah?”
Lalu jawab Baginda, “menyebut sesuatu yang tidak disukai oleh saudaramu di
belakangnya!” Kemudian Baginda ditanya lagi, “bagaimana sekiranya apa yang
disebut itu benar?” Jawab Baginda, “Kalau sekiranya apa yang disebutkan itu
benar, maka itulah ghibbah, tetapi
jika perkara itu tidak benar, maka engkau telah melakukan buhtan (pembohongan besar).”
(Muslim, Abu Daud dan At-Tarmizi)
Hadis tersebut jelas menunjukkan kepada kita bahawa
pembohongan atau pun ghibbah (menyebut keburukan orang
lain walaupun benar) itu ialah sesuatu perkara yang dikutuk di dalam Islam.
Fitnah berasal daripada perkataan Arab yang membawa maksud kekacauan, bencana,
cubaan dan penyesatan adalah dilarang sama sekali dalam Islam. Hal ini kerana,
fitnah mampu mendatangkan kesan buruk ke atas agama dan masyarakat dan boleh
membawa kepada kehancuran sesebuah negara.
Pada
masa kini,isu fitnah ini bukan sahaja berbentuk percakapan antara dua pihak
namun juga dalam bentuk penulisan. Misalnya, dalam komunikasi massa terutamanya
dalam blog juga turut wujudnya fitnah. Mana tidaknya, apa yang ditulis oleh
orang tidak bertanggungjawab ini boleh menghancurkan perpaduan kaum dan
keharmonian yang telah lama terjalin pada suatu ketika dulu.
Fitnah merupakan
satu perbuatan yang terkutuk dan sangat dicela oleh mana-mana agama. Fitnah
juga adalah satu tuduhan palsu yang direka-reka terhadap seseorang bertujuan
untuk menjatuhkan maruah, nama baik atau kedudukan seseorang. Sebagaimana
maklum, fitnah juga boleh dilakukan secara lisan ataupuyn bertulis, dan kini ia
juga boleh dilakukan melalui laman sosial. Sifat fitnah sering dilakukan di
alam nyata ataupun melalui laman sosial adalah sama sahaja dan kesannya juga
adalah sama.
Antara
fitnah yang selalu terjadi ialah fitnah siber. Internet diakui sebagai medium
ideal dalam menggalakkan proses demokrasi. Namun, dalam masa yang sama,
internet boleh menjadi medium penyebaran fitnah
sekiranya ada pengguna yang terus menyalahgunakannya. “Fitnah
Siber” berlaku dan tersebar dalam pelbagai saluran media massa dan
elektronik, bahkan ianya semakin berleluasa melalui laman-laman sesawang atau
blog serta laman-laman sosial seperti facebook dan twitter.
Fitnah yang
dicetuskan tersebar dengan cepat, meluas dan mudah tanpa sebarang sekatan yang
akhirnya mencetuskan huru-hara dan ketidakstabilan dalam masyarakat. Punca
berlakunya fitnah ini kerana maklumat dari internet dan sistem telekomunikasi
seperti khidmat pesanan ringkas (SMS) telah dijadikan sebagai sumber informasi
utama masyarakat kita pada hari ini. Seterusnya, sikap mudah menerima berita
dan menyebarkannya tanpa usul periksa samaada maklumat yang diterima benar atau
sebaliknya. Inilah sikap yang amat ditegah oleh Islam.
Oleh
itu, antara langkah yang boleh diambil untuk mengatasi masalah fitnah adalah
mewujudkan sebuah badan khas yang menyelenggara atau menapis segala paparan di
laman sesawang. Hal ini kerana laman sesawang telah menjadi medium utama pada
masa kini untuk menyebarkan fitnah kerana sifatnya yang terbuka dan bebas
berbanding media cetak. Apatah lagi konsep kebebasan bersuara dan hak asasi
manusia yang diamalkan tanpa sekatan dalam internet itu sendiri membolehkan
sesiapa sahaja menghantar atau menyiarkan sebarang maklumat sama ada benar atau
tidak. Seandainya sebuah badan penapis atau pemantau diwujudkan, cerita-cerita
yang tidak sepatutnya dapat dihalang untuk disiarkan, seterusnya mampu
mengurangkan masalah fitnah.
Kesimpulanya, fitnah bukan sahaja banyak membawa keburukan dalam
kehidupan bermasyarakat bahkan ianya merupakan dosa besar. Pembuat dan penyebar
fitnah disifatkan Islam sebagai sekeji-keji manusia. Fitnah juga berbahaya
kepada perhubungan kaum dimana jika fitnah tersebut melibatkan perkauman ia
boleh mengakibatkan ketegangan kaum tercetus.
HUKUM
FITNAH
- Fitnah merupakan suatu kebohongan besar yang sangat merugikan dan termasuk dalam dosa besar. Oleh itu, Islam melarang umatnya memfitnah sebab fitnah hukumnya adalah haram.
No comments:
Post a Comment