KONSEP KEJIRANAN
Dari segi bahasa, jiran berasal daripada bahasa Arab yang membawa pengertian orang yang tinggal bersebelahan atau tetangga.
Dari segi bahasa, jiran berasal daripada bahasa Arab yang membawa pengertian orang yang tinggal bersebelahan atau tetangga.
Dari segi istilah jiran adalah orang-orang yang tinggal bersebelahan dengan rumah, bersebelahan kampung, daerah malahan lebih besar daripada itu iaitu jiran yang bersebelahan dengan negara. Jiran juga bererti ahli-ahli 40 buah rumah setiap penjuru yang mengelilingi rumah individu. Hal ini sebagaimana hadis riwayat Abu Daud, telah bersabda Rasulullah s.a.w iaitu :
Maksudnya : “Empat puluh buah rumah tetap sebagai jiran tetangga”.
Berdasarkan kepada hadis Rasulullah s.a.w menunjukkan bahawa walaupun jarak daripada rumah seseorang diselangi 40 buah rumah, ia juga dikira sebagai jiran tetangga. Menurut Ali Ibn Talhah daripada Ibnu Abbas, jiran membawa pengertian hubungan kekeluargaan atau pertalian darah. Jiran juga boleh dikatakan sebagai apabila penempatan itu dihuni oleh manusia yang lain yang juga tinggal berhampiran dengan rumah yang dihuni oleh kita.
Salah satu daripada ajaran Islam yang amat penting bagi menjamin kesejahteraan hidup bermasyarakat ialah amalan hidup berjiran. Secara fitrahnya, manusia tidak boleh hidup seorang diri atau mengasingkan diri. Oleh itu, Islam telah menekankan kepentingan menjalinkan hubungan dalam kalangan masyarakat sekeliling. Hubungan yang baik dapat membentuk sifat saling membantu, bekerjasama, saling menyayangi, menghormati dan sebagainya.
PEMBAHAGIAN JIRAN
Islam membahagikan jiran kepada beberapa bahagian iaitu jiran beragama Islam yang mempunyai pertalian darah, jiran beragama Islam yang tidak mempunyai pertalian darah dan jiran bukan Islam. Dalam erti kata lain jiran jauh dan dekat. Hal ini sebagaimana firman Allah s.w.t dalam surah an-Nisaa’ ayat 36 iaitu :
Maksud-Nya : Sembahlah Allah dan janganlah kamu mempersekutukan-Nya dengan sesuatu pun dan berbuat baiklah kepada dua orang ibu-bapa, rakan-rakan, anak-anak yatim, orang-orang miskin, tetangga yang dekat mahupun tetangga yang jauh dan teman sejawat. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang sombong dan membangga-banggakan diri.
HAK JIRAN YANG PERLU DIPELIHARA
Hak jiran perlu bagi setiap individu kerana hal ini adalah selari dengan tuntutan agama. Tidak menyakiti jiran dan seringkali memelihara keamanan dengan jiran. Hal ini sebagaimana dalam sabda Rasulullah s.a.w iaitu :
Maksudnya : “Barang siapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat maka janganlah dia menyakiti jirannya.”
Menghormati jiran dan pengamalan mereka selagi mana tidak membawa mudarat. Sekalipun jiran tersebut bukanlah beragama Islam maka menghormati dan tidak menganggu kehidupan dan pengamalan mereka misalnya ibadah mereka dalam agama mereka seperti yang dilakukan oleh orang-orang Cina dengan meletakkan tokong di luar rumah maka hendaklah dihormati selagi mana tidak membawa bahaya dan mudarat.
Umat Islam yang bertimbang rasa dan menyedari serta memahami hukum-hukum agama, adalah merupakan manusia yang paling baik hubungannya terhadap jiran-jirannya. Mereka akan sentiasa mencurahkan segala bakti demi kebaikan jiran mereka yang merupakan manusia yang paling mereka kasihi. Islam banyak menyeru umatnya agar sentiasa menjaga dan memelihara hubungan dengan jiran. Menyedari betapa tingginya kedudukan jiran di dalam Islam dan peranannya dalam kehidupan kemanusiaan.
Antara hak jiran yang lain yang perlu dipelihara adalah sentiasa memberi layanan baik dan kasih sayang serta akhlak yang baik dalam muamalah dengan mereka. Islam mementingkan hubungan mesra dan layanan baik kepada jiran dan ini terlihat daripada banyak panduan daripada hadith baginda antaranya ialah daripada riwayat Abu Dzar yang menyebut telah bersabda Rasulullah s.a.w iaitu :
Berdasarkan dalil-dalil daripada al-Quran dan hadis, jelas menunjukkan bahawa Islam seringkali menganjurkan dan menyeru umatnya supaya sentiasa menjaga hubungan dengan jiran tetangga dan memelihara hak-hak jiran disamping menghormati jiran-jiran bukan Islam selagi mana tidak merosakkan akidah dan akhlak.
ADAB BERJIRAN
1. Tidak menyakiti mereka sama ada melalui perkataan, perbuatan atau sekadar sangka buruk. Jiran yang jahat dan tidak berakhlak digambarkan sebagai lembaga hitam yang telah dirasuk syaitan sehingga tergamak melakukan kejahatan dan kedurjanaan sehingga menimbulkan ketakutan dan kegerunan kepada insan lain.
2. Menuturkan kata-kata yang baik dan menghormati mereka sebagai manusia.
3. Sentiasa merendah diri dan berlemah-lembut dengan mereka dan mengelak diri dari bersikap takbur.
4. Mengambil berat dan bersimpati terhadap segala permasalahan yang sedang mereka hadapi sama ada yang berkaitan dengan masalah keagamaan, kekeluargaan atau rumah tangga, kejiwaan, kesihatan, pelajaran, kewangan, makan-minum, dan sebagainya.
5. Tidak memandang rendah dan saling menghina sesama jiran, sebaliknya hendaklah sentiasa hormat menghormati, menghargai dan berterima kasih terhadap apa jua pemberian,khidmat dan pertolongan yang diberikan.
6. Sentiasa berusaha mewujudkan suasana aman, damai, tenteram, sejahtera dan ceria dalam kehidupan berjiran. Faktor inilah juga yang menyebabkan Rasulullah SAW menyatakan bahawa antara rukun-rukun kebahagiaan ialah ‘jiran yang baik’.
7. Elakkan sikap terlalu suka mengambil tahu hal ehwal peribadi dan keluarganya, kecuali setelah mereka sendiri mengadu untuk mendapatkan bantuan kita untuk menyelesaikannya.
8. Jangan mudah terpengaruh dengan fitnah atau umpatan orang lain terhadap diri mereka.
9. Menziarahi mereka ketika mereka sakit.
10.Tidak menghebahkan segala kesalahan, keaiban dan kesilapan jiran.
11.Menjaga keselamatan rumah atau anak-anak mereka, ketika mereka tiada di rumah.
12.Menghadiahkan mereka dengan buah tangan yang kita beli.
HIKMAH DALAM BERJIRAN
- Kehidupan dipenuhi kedamaian dan keharmonian bertambah erat.
- Terjamin dapat bersatu kearah kemajuan.
- Kehidupan bermasyarakat di berkati Allah.
- Sentiasa rasa selesa dan mendapat pembelaan.
- Kehidupan lebih berkualiti.
- Kemungkaran dapat dibasmi dengan mudah.
- Kerja yang berat menjadi ringan.
- Menghakis sifat individualistik dalam diri.
IMPLIKASI JIKA TIDAK BERADAB DENGAN JIRAN
- Menjejaskan keharmonian hidup bermasyarakat.
- Terpinggir daripada masyarakat.
- Sukar mendapat pertolongan ketika dalam kesusahan.
- Negara akan kucar-kacir dan mundur.
- Kehidupan tidak tenang.
No comments:
Post a Comment